HALAMAN UTAMA, VIDEO, SLIDESHOW,GAMBAR, LATIHAN

Friday, November 30, 2012

Haiwan berbulu


Bulu yang meliputi badan haiwan bertujuan untuk melindungi diri mereka daripada kesejukan. Ada haiwan yang berbulu halus atau tebal dan ada haiwan yang berbulu pelepah.

Di bawah adalah contoh haiwan berbulu halus atau tebal.
"Arnab-arnab"

"Beruang Kutub"

"Kambing-kambing"

"Kucing"

"Panda"

"Penguin"

"Anjing"

Di bawah adalah contoh haiwan berbulu pelepah.
"Ayam Jantan"

"Burung Hantu"
"Angsa"
"Burung merpati"
"Helang"

"Itik"

Tuesday, November 27, 2012


Haiwan bercangkerang

Ada sesetengah haiwan yang badannya ditutupi cangkerang. Cangkerang yang keras melindungi badan haiwan yang lembut itu.
Contoh haiwan yang bercangkerang adalah siput, kerang, tiram, kura-kura, penyu dan sebagainya.

Di bawah adalah contoh haiwan yang mempunyai cangkerang.






"KETAM"








"KERANG"













"KURA-KURA"












"SIPUT BABI"









"TIRAM"









"PENYU"

HAIWAN


Haiwan merujuk kepada benda hidup yang boleh bergerak. Secara umum, haiwan-haiwan yang berada di sekeliling kita boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan. Walau bagaimanapun, haiwan tidak mampu membuat makanannya sendiri sebaliknya, bergantung kepada sumber luar sebagai makanannya dan tidak mempunyai klorofil.

Contohnya sesuatu haiwan memakan sumber tumbuhan dan haiwan lain. Penyesuaian untuk hidup telah menyebabkan haiwan-haiwan berlainan dari segi bentuk antara satu sama lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pengkelasan seperti:

A) Litupan badan : i) bercangkerang
  ii) berbulu
 iii) berbulu pelepah
 iv) bersisik

B) Anggota badan : i) berkaki
   ii) bersayap
  iii) berekor
  iv) bertanduk
   v) berparuh
  vi) berkuku tajam

C) Cara membiak : i) bertelur
                               ii) melahirkan anak

D) Habitat : i) hidup di air
                    ii) hidup di darat
                   iii) hidup di darat dan air

Monday, November 26, 2012

STRUKTUR GIGI


Gigi terbahagi dalam dua bahagian besar iaitu mahkota dan akar. Mahkota adalah bahagian gigi yang terlihat dalam mulut, sedangkan akar adalah bahagian yang tertanam dalam tulang rahang. Sedangkan secara struktur, gigi merupakan salah satu jaringan keras tubuh yang terdiri dari enamel/email, dentin, dan sementum.


Untuk enamel/email, sebenarnya bahagian ini merupakan bahagian gigi yang paling keras. Enamel inilah yang melapisi mahkota gigi dan mempunyai ketebalan yang bervariasi mulai bahagian puncak mahkota dan akan semakin menipis ketebalannya pada dasar mahkota, tepatnya pada perbatasan mahkota dengan akar gigi. Warna enamel gigi pun sebenarnya tidak putih mutlak, kebanyakan lebih mengarah keabu-abuan dan semi translusen. Kecuali pada kondisi enamel yang abnormal sering kali menghasilkan warna yang menyimpang dari warna normal enamel dan cenderung mengarah ke warna yang lebih gelap. Semakin menuju ke bahagian dalam dari enamel, kekerasannya akan semakin berkurang. Bahagian enamel ini pula yang menjadi awal terjadinya lubang pada gigi, kerana sifatnya mudah larut terhadap asam, dan kelarutannya juga meningkat seiring dengan semakin dalamnya lapisan enamel. Untuk itu kenapa kita sering mendengar anjuran untuk sering menggosok gigi adalah agar kondisi enamel gigi kita biasa dicegah dari kondisiasam seminimal mungkin bahagian yang lebih dalam dari enamel adalah dentin. 

Dentin merupakan bahagian yang terluas dari struktur gigi, meliputi seluruh panjang gigi mulai dari mahkota hingga akar. Dentin pada mahkota gigi dentin dilapisi oleh enamel, sedangkan dentin pada akar gigi dilapisi oleh sementum. Kalau kita amati, bahagian ini memegang peranan yang sangat penting iaitu sebagai pelindung dari ruang pulpa. Jadi sebenarnya bahagian inilah yang menjadi pertahanan kedua gigi kita setelah enamel.
Jaringan keras yang terakhir dari sebuah gigi adalah sementum atau pada gamber diatas dinamakan semen. Layaknya enamel yang melapisi dentin pada bagian mahkota, sementum juga melapisi dentin namun untuk dentin pada bagian akar gigi. Sementum ini secara normal tidak tampak dari pandangan kita, namun tertutup oleh tulang dan dilapisi oleh gusi. Pada beberapa kondisi abnormal, sementum akan tampak. Semua struktur  jaringan keras gigi akan berintegrasi membentuk struktur yang lebih kuat.
Lapisan email, merupakan lapisan yang paling keras.
●Tulang gigi (dentin), di dalamnya terdapat saraf dan pembuluh darah.
Rongga gigi (pulpa), merupakan bahagian antara corona dan radiks.
●Leher gigi atau kolum, merupakan bagian yang berada di dalam gusi.
Akar gigi atau radiks, merupakan bagian yang tertanam pada tulang  
  rahang.
Akar gigi melekat pada tulang rahang dengan perantaraan semen gigi.
Semen gigi melapisi akar gigi dan membantu menahan gigi agar tetap  
   melekat pada gusi. Terdiri atas:
    ▪Lapisan semen, merupakan pelindung akar gigi dalam gusi.
    ▪Gusi, merupakan tempat tumbuh gigi.

"Penjelasan struktur gigi dalam Bahasa Cina"

Petua untuk mengekalkan gigi kanak-kanak sihat dan kuat


0–2 tahun
Bersihkan gusi dengan tuala muka selepas memberi susu. Ini akan 
  membantu membuang lapisan melekit yang dipanggil plak yang boleh 
  menyebabkan kereputan gigi.
• Berus gigi dua kali sehari menggunakan air dan  berus gigi yang berbulu 
   lembut.
Aturkan temujanji rawatan pergigian yang pertama sebelum hari lahir 
  yang pertama.

3–5 tahun
Mula gunakan ubat gigi berfluorida pada usia 3 tahun. Guna hanya jumlah 
 sebesar biji kacang. Pastikan anak anda meludahkannya selepas memberus.
Cuba hentikan tabiat menghisap ibu jari dan putting pada usia 4 tahun.
Mula berjumpa pakar pergigian anda setiap 6 bulan.

6–9 tahun
Mula memflos sebaik sahaja gigi bersentuhan.
Beritahu anak anda bahawa adalah normal bagi gigi bayi gugur. Itulah 
   caranya gigi orang dewasa” tumbuh.
Ibu bapa harus membantu anak mereka memberus dan memflos dua kali 
 sehari sehingga kanak-kanak mampu mengamalkan tabiat penjagaan mulut 
  yang betul dengan sendiri.
Sentiasa tumpukan perhatian yang lebih kepada gigi belakang, yang 
  mungkin mempunyai lebih banyak plak.

10–12 tahun
Minta kanak-kanak yang bersukan untuk memakai pelindung mulut untuk 
melindungi senyuman mereka.

13+ tahun
Ibu bapa boleh memanfaatkan sepenuhnya minat anak remaja mereka terhadap penampilan diri mereka dengan mengingati mereka bahawa senyuman yang sihat dan nafas yang segar akan menjadikan mereka kelihatan dan merasa hebat.



Sunday, November 25, 2012

BAGAIMANA CARA MENJAGA KESIHATAN GIGI ANAK?


Penjagaan mulut yang baik bermula sebelum gigi pertama bayi. Bayi dilahirkan dengan semua gigi mereka. Kami tidak dapat melihatnya kerana ia terselindung di dalam gusi. Gigi bayi mula menembus gusi sekitar 6 bulan. Tetapi memulakan penjagaan mulut yang baik sebelum gigi pertama muncul adalah penting.

Gigi yang sihat adalah hasil dari gusi yang sihat. Kanak-kanak mempunyai semua gigi bayi mereka pada usia 3 tahun. Ini digelar gigi susu.

Gigi bayi mula gugur sekitar usia 6 tahun, apabila gigi kekal, atau dewasa, mula tumbuh. Jurang di antara gigi bayi adalah normal. Ia memberi ruang untuk gigi kekal. Kebanyakan gigi kekal sudah tumbuh pada usia 13 tahun. Kereputan gigi kerana botol susu merupakan suatu masalah yang serius. Kereputan gigi kerana botol susu boleh terjadi jika bayi meminum susu, susu formula, atau jus daripada botol susu untuk tempoh masa yang lama.

Untuk mengelaknya:
Alihkan botol susu selepas bayi habis minum.
Jangan tidurkan bayi dengan botol susu.

Ayo Gosok Gigi bersama HeartIndo

CARA GOSOK GIGI DENGAN BETUL







Langkah 1:


Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus pada sudut 45 darjah di atas  
permukaan gigi.Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.



Langkah 2:

Untuk membersihkan bahagian dalam gigi belakang, tempatkan bulu berus bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.




Langkah 3:


Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah menggunakan hujung berus.






Langkah 4:

Untuk membersihkan permukaan mengunyah gigi (occlusal surface), berus dengan gerakan mundar-mandir untuk mencapai bahagian belakang gigi.




Langkah 5:



Bersihkan lidah dari belakang ke hujung lidah untuk 10 saat.


















Penjagaan Gigi Dalam Bahasa Cina


Saturday, November 24, 2012

Tips Penjagaan Gigi


Gigi merupakan satu aset penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan untuk kita senyum, bercakap dan berhadapan dengan orang. Kebersihan gigi juga menyumbang kepada masalah bau mulut, sebab itu penting untuk kita menjaga kebersihan mulut, gigi dan gusi.

Pemakanan

Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi. Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.


Penjagaan Sendiri
Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.
Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas
makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan,
berkumurlah dengan air.
Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur
enamel gigi.
Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan
pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.
Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti
bola sepak dan hoki.
Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.
Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur,
dapatkan nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat
tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi.
Jangan mengunyah ais, pen atau pensil.
Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.
Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut.
Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada
tembakau.
Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan
pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri,
karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula.
Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid
    yang akan ­memakan­ gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.


Memberus Gigi
Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek. Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati dipasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya.

   Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:
Pemegang yang mudah dikendalikan.
Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana    
    bahagian mulut.
Permukaan berus yang padat.
Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut,
    panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.

Wednesday, November 14, 2012

Mengenal Gigi Kita


 Gigi kita


                    
      门齿






 



  
犬齿


    
          
     臼齿(小)

                                                       
                臼齿








Jenis gigi dan struktur gigi manusia


Manusia memiliki empat (4) jenis gigi untuk berbagi tugas menguyah makanan, iaitu gigi seri, gigi taring, gigi geraham kecil dan gigi geraham.



1. Gigi Seri  门齿

   Gigi Seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk memotong dan  
    mengerat makanan atau benda lain.
    门齿在口腔前面的位置,能把食物切断。


2. Gigi Taring  犬齿

     Gigi Taring adalah gigi yang memiliki satu akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak 
     makanan atau benda lain.
     犬齿在门齿的旁边,能把食物撕裂。


3. Gigi Geraham Kecil  臼齿(小)

     Gigi Geraham Kecil adalah gigi yang punya dua akar yang berfungsi untuk menggilas dan 
     menguyah makanan atau benda lain. 
     臼齿在口腔后方的两侧,它能研磨和咀嚼食物。


4. Gigi Geraham 

     Gigi Geraham adalah gigi yang punya tiga akar yang berfungsi untuk melumat dan 
     menguyah makanan atau benda lain.
     臼齿在口腔后方的两侧,它能把食物磨碎。

Thursday, November 08, 2012

GIGI MANUSIA

Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrat. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan menguyah makanan. Akar gigi diselaputi oleh gusi.


Mengenal Jenis Gigi Dan Fungsinya……

Gigi merupakan bahagian vital dari tubuh manusia kerana ia merupakan alat bantu pencernaan yang berfungsi untuk melembutkan atau mengunyah makanan sebelum masuk ke dalam saluran pencernaan. Begitu pentingnya gigi bagi manusia. Oleh itu, kita haruslah rajin menjaga atau merawat gigi tepat pada masa agar gigi tidak cepat rosak. Sebelum itu, marilah kita mengenal jenis-jenis gigi pada anak kecil dan fungsinya terlebih dahulu. 

Gigi adalah sebahagian dari bahagian tubuh yang berada di dalam rongga mulut.  Jumlah gigi pada anak-anak berbeza dengan jumlah gigi orang dewasa. Gigi manusia akan tumbuh pada pertama kalinya apabila dia berumur 6 bulan atau lebih dari usia 6 bulan. Gigi yang pertama kali muncul biasanya disebut gigi susu atau dens lakteus.