HALAMAN UTAMA, VIDEO, SLIDESHOW,GAMBAR, LATIHAN

Wednesday, November 14, 2012

Jenis gigi dan struktur gigi manusia


Manusia memiliki empat (4) jenis gigi untuk berbagi tugas menguyah makanan, iaitu gigi seri, gigi taring, gigi geraham kecil dan gigi geraham.



1. Gigi Seri  门齿

   Gigi Seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk memotong dan  
    mengerat makanan atau benda lain.
    门齿在口腔前面的位置,能把食物切断。


2. Gigi Taring  犬齿

     Gigi Taring adalah gigi yang memiliki satu akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak 
     makanan atau benda lain.
     犬齿在门齿的旁边,能把食物撕裂。


3. Gigi Geraham Kecil  臼齿(小)

     Gigi Geraham Kecil adalah gigi yang punya dua akar yang berfungsi untuk menggilas dan 
     menguyah makanan atau benda lain. 
     臼齿在口腔后方的两侧,它能研磨和咀嚼食物。


4. Gigi Geraham 

     Gigi Geraham adalah gigi yang punya tiga akar yang berfungsi untuk melumat dan 
     menguyah makanan atau benda lain.
     臼齿在口腔后方的两侧,它能把食物磨碎。

Thursday, November 08, 2012

GIGI MANUSIA

Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrat. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan menguyah makanan. Akar gigi diselaputi oleh gusi.


Mengenal Jenis Gigi Dan Fungsinya……

Gigi merupakan bahagian vital dari tubuh manusia kerana ia merupakan alat bantu pencernaan yang berfungsi untuk melembutkan atau mengunyah makanan sebelum masuk ke dalam saluran pencernaan. Begitu pentingnya gigi bagi manusia. Oleh itu, kita haruslah rajin menjaga atau merawat gigi tepat pada masa agar gigi tidak cepat rosak. Sebelum itu, marilah kita mengenal jenis-jenis gigi pada anak kecil dan fungsinya terlebih dahulu. 

Gigi adalah sebahagian dari bahagian tubuh yang berada di dalam rongga mulut.  Jumlah gigi pada anak-anak berbeza dengan jumlah gigi orang dewasa. Gigi manusia akan tumbuh pada pertama kalinya apabila dia berumur 6 bulan atau lebih dari usia 6 bulan. Gigi yang pertama kali muncul biasanya disebut gigi susu atau dens lakteus.