Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrat. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan menguyah makanan. Akar gigi diselaputi oleh gusi.
Mengenal Jenis Gigi Dan Fungsinya……
Gigi merupakan bahagian vital dari tubuh manusia kerana ia merupakan
alat bantu pencernaan yang berfungsi untuk melembutkan atau mengunyah makanan
sebelum masuk ke dalam saluran pencernaan. Begitu pentingnya gigi bagi manusia.
Oleh itu, kita haruslah rajin menjaga atau merawat gigi tepat pada masa agar
gigi tidak cepat rosak. Sebelum itu, marilah kita mengenal jenis-jenis gigi pada anak kecil
dan fungsinya terlebih dahulu.
Gigi adalah sebahagian dari bahagian tubuh yang berada di dalam rongga
mulut. Jumlah gigi pada anak-anak berbeza dengan jumlah gigi orang
dewasa. Gigi manusia akan tumbuh pada pertama kalinya apabila dia berumur 6
bulan atau lebih dari usia 6 bulan. Gigi yang pertama kali muncul biasanya
disebut gigi susu atau dens lakteus.
bagus~
ReplyDelete