0–2 tahun
•
Bersihkan gusi dengan tuala muka selepas memberi susu. Ini akan
membantu
membuang lapisan melekit yang dipanggil plak yang boleh
menyebabkan kereputan
gigi.
• Berus gigi dua kali sehari menggunakan air dan berus gigi yang berbulu
lembut.
•
Aturkan temujanji rawatan pergigian yang pertama sebelum hari lahir
yang
pertama.
3–5 tahun
•
Mula gunakan ubat gigi berfluorida pada usia 3 tahun. Guna hanya jumlah
sebesar
biji kacang. Pastikan anak anda meludahkannya selepas memberus.
•
Cuba hentikan tabiat menghisap ibu jari dan putting pada usia 4 tahun.
•
Mula berjumpa pakar pergigian anda setiap 6 bulan.
6–9 tahun
• Mula memflos sebaik
sahaja gigi bersentuhan.
• Beritahu anak anda
bahawa adalah normal bagi gigi bayi gugur. Itulah
caranya gigi “orang dewasa” tumbuh.
• Ibu bapa harus
membantu anak mereka memberus dan memflos dua kali
sehari sehingga kanak-kanak
mampu mengamalkan tabiat penjagaan mulut
yang betul dengan sendiri.
•Sentiasa tumpukan
perhatian yang lebih kepada gigi belakang, yang
mungkin mempunyai lebih banyak
plak.
10–12 tahun
Minta kanak-kanak yang bersukan untuk memakai pelindung mulut untuk
melindungi
senyuman mereka.
13+ tahun
Ibu bapa boleh memanfaatkan sepenuhnya minat anak remaja
mereka terhadap penampilan diri mereka dengan mengingati mereka bahawa senyuman
yang sihat dan nafas yang segar akan menjadikan mereka kelihatan dan merasa
hebat.
Nice blog! thank you for sharing!
ReplyDeleteSatu blog yang bagus dan ada banyak maklumat,
ReplyDeletethanks for sharing!
Tahniah blog yang banyak informasi dan bnyak maklumat. Terima kasih di atas perkongsian ilmu
ReplyDeleteTerima kasih! Saya akan terus usaha!
ReplyDeletenota yang jelas dan mudah.
ReplyDeleteBlog ini sangat bermanfaat.
ReplyDeleteBagus. Maklumat lengkap dan jelas. Maklumat dan gambar dalam Bahasa Cina memberi penjelasan yang lengkap.
ReplyDelete