Gigi merupakan satu
aset penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan untuk kita
senyum, bercakap dan berhadapan dengan orang. Kebersihan gigi juga menyumbang
kepada masalah bau mulut, sebab itu penting untuk kita menjaga kebersihan
mulut, gigi dan gusi.
Pemakanan
Pemakanan mesti dijaga,
kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia
melekat di celah-celah gigi. Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan
yang melekit yang menyebabkan korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah selepas
makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas
makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.
Penjagaan Sendiri
�
Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.
� Gosok gigi sekurang-kurangnya 2
kali sehari sebaik sahaja selepas
makan.
Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan,
berkumurlah
dengan air.
� Gunakan ubat gigi berflorida
atau jel untuk menguatkan struktur
enamel
gigi.
� Jalani pemeriksaan dengan doktor
gigi setiap 6 bulan - mulakan
pemeriksaan
gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.
� Gunakan alat pelindung mulut
jika anda terlibat dalam sukan seperti
bola
sepak dan hoki.
� Sentiasa memakai tali pinggang
keselamatan ketika memandu.
� Jika anda menghadapi masalah
mengunyah gigi semasa tidur,
dapatkan
nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat
tertentu
untuk mengelakkan dari menggesel gigi.
� Jangan mengunyah ais, pen atau
pensil.
� Jangan gunakan gigi untuk
membuka klip kertas dan lain-lain.
� Jika anda menghisap paip, jangan
menggigit batang paip tersebut.
� Berhenti mengambil alkohol dan
menggunakan produk daripada
tembakau.
� Elakkan daripada menghisap buah
lemon atau mengunyah aspirin dan
pil
vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri,
karbohidrat
yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula.
Mengambil
makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid
yang akan memakan gigi.
Asid ini akan menghakis enamel gigi.
Memberus Gigi
Jika
boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi
sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan
berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek. Pemberusan yang sempurna melibatkan
pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat
banyak jenis berus gigi yang boleh didapati dipasaran dalam pelbagai saiz,
bentuk dan panjangnya.
Ciri-ciri
yang penting semasa memilih berus gigi ialah:
�
Pemegang yang mudah dikendalikan.
� Kepalanya leper dan disesuaikan
supaya boleh sampai ke mana-mana
bahagian
mulut.
� Permukaan berus yang padat.
� Bulu-bulu berusnya diperbuat
daripada filamen nilon yang lembut,
panjang menirus, anjal dan
berbentuk bulat di hujungnya.