HALAMAN UTAMA, VIDEO, SLIDESHOW,GAMBAR, LATIHAN

Saturday, November 24, 2012

Tips Penjagaan Gigi


Gigi merupakan satu aset penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan untuk kita senyum, bercakap dan berhadapan dengan orang. Kebersihan gigi juga menyumbang kepada masalah bau mulut, sebab itu penting untuk kita menjaga kebersihan mulut, gigi dan gusi.

Pemakanan

Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi. Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.


Penjagaan Sendiri
Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.
Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas
makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan,
berkumurlah dengan air.
Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur
enamel gigi.
Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan
pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.
Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti
bola sepak dan hoki.
Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.
Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur,
dapatkan nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat
tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi.
Jangan mengunyah ais, pen atau pensil.
Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.
Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut.
Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada
tembakau.
Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan
pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri,
karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula.
Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid
    yang akan ­memakan­ gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.


Memberus Gigi
Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek. Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati dipasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya.

   Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:
Pemegang yang mudah dikendalikan.
Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana    
    bahagian mulut.
Permukaan berus yang padat.
Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut,
    panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.

No comments:

Post a Comment